Hacker Code: Ryden Xavier

ISBN: 9786299441151
Checking local availability
RM49.00
Product Details

Publisher,
Publication Date,
Format,
Weight,
No. of Pages,

Rayden Xavier, seorang lelaki yang mempunyai identiti rahsia yang sangat digeruni. Di sebalik perwatakannya, dia merupakan seorang pakar penggodam (hacker) terbaik nombor satu dunia yang bergerak di bawah rangkaian dunia gelap atau organisasi mafia elit (Royal Black Mafia). Kehidupan Rayden dipenuhi dengan kod digital, misi siber yang berbahaya, serta konflik antara kumpulan-kumpulan mafia yang saling bersaing untuk mengekalkan kuasa dan pengaruh mereka. 

Xylia Lyn, seorang gadis biasa yang tanpa sengaja terperangkap dan terlibat dalam dunia gelap Rayden. Hubungan mereka yang bermula dengan penuh ketegangan, elemen komedi, dan salah faham, perlahan-lahan berubah menjadi sebuah kisah cinta yang manis namun penuh dugaan. Rayden yang terkenal dengan ketegasan dan sifat dinginnya sebagai seorang badboy mafia, mula menunjukkan sisi pelindung dan penyayang demi memastikan keselamatan Xylia daripada ancaman musuh-musuh siber dan fizikalnya. Hubungan kekeluargaan dan kesetiaan adik-beradik (sibling) dalam organisasi mereka turut menjadi tunjang kekuatan sepanjang mereka berdepan dengan pelbagai plot pengkhianatan.