Hadiah Buat Anak: Impian Satu Doa

ISBN: 9789670411552
Checking local availability
RM25.00
Product Details

Publisher,PTS Publications
Publication Date,
Format, Paperback
Weight, 420 g
No. of Pages,

Kata pepatah, ‘sayangkan anak tangan-tangankan, sayangkan isteri tinggal-tinggalkan'. Fahaman orang dahulu sedikit pukulan kepada anak memberi makna sayang.

Adakah anak-anak zaman sekarang terkesan dengan pukulan? Budaya kini adalah menggunakan pendekatan psikologi iaitu melalui komunikasi.

Penulis memang sudah terkenal dengan nukilannya yang sangat terkesan di hati. Pelbagai perasaan bermain di minda apabila melayari naskhah ini. Mesej yang disampaikan tersirat di sebalik pengalaman-pengalaman yang dialami penulis.

Ia memang hadiah buat anak. Buat anak yang berfikir. Iktibar yang dihidangkan sangat banyak. Ia mengajar tentang kepandaian sahaja bukan tiket untuk berjaya dan betapa doa itu adalah senjata mukmin yang paling berkesan.

Naskhah ini bukan coretan pengalaman biasa. Ia lebih kepada nukilan motivasi yang disampaikan dalam bentuk diari. Ia memberi gambaran bahawa kejayaan tidak dicapai dengan cara mudah.

Demi mencapai kejayaan dunia dan akhirat, buku ini amat sesuai dihadam. Walaupun namanya ‘Hadiah Buat Anak', ibu bapa juga boleh mengambilnya sebagai satu alat untuk membentuk peribadi anak yang berjaya.

Customer Reviews

No reviews yet
0%
(0)
0%
(0)
0%
(0)
0%
(0)
0%
(0)