Hai Cinta, Dengarkanlah!
Publisher,Karya Seni
Publication Date,
Format, Paperback
Weight, 420 g
No. of Pages,
βπ·ππ πππππ πππ ππππ, π° ππππ πππβ¦ πΊπππππ, πππ ππππ!β
Blurb
βKita jumpa lagi kat sini. Garam di laut, asam di gunung bertemu dalam belanga juga. Berjodoh betul. Kan Cahaya, kan?β -Adib Huzairi
βHebat betul taste janda macam kau ni, kan?β -Ainil
βSebab saya jandalah kak, taste saya kena tinggi sikit.β -Cahaya
Cahaya ini, benci betul kalau orang memandang rendah kepadanya hanya kerana dia menyandang gelaran janda. Salah ke kalau dia itu janda kerana kematian suami!
Dihimpit dengan desakan keluarga Aizul yang mahu menyatukan mereka berdua, Cahaya jadi rimas. Mujurlah Adib itu selalu jadi penyelamat, selalu jadi hero untuk dia dan Fifi.
βMama, boleh ke Uncle Adib jadi papa Fifi?β -Fifi
Adib itu akhirnya suka, sayang dan mahukan Cahaya. Tapi dia takut untuk berterus terang dengan emaknya yang terlalu tegas. Roza itu kan anti dengan budak-budak. Fifi nanti mesti akan sepahkan rumah dan nanti rumahnya mesti akan berhabuk. Eee, Adib nak kahwin dengan janda beranak satu?!
βBaiklah, mak setuju Adib kahwin dengan Cahaya. Tapi dengan satu syarat. Lepas Adib kahwin, Fifi tak boleh selalu ada kat rumah mak. Tak boleh!β -Roza
Sukarnya untuk Cahaya dan Adib menyemai kasih andai emak sebegitu dengan Fifi.
βYa Allah, Engkau lembutkanlah hati Mak Tok Roza yang keras macam batu itu. Mak tok mesti kena sayang dengan Fifi.β Β -Fifi
Apakah sebenarnya suratan takdir hidup Cahaya dan Fifi, menumpang kasih seorang lelaki yang sepenuh hati menyayangi mereka. Adakah menjadi janda beranak satu itu merupakan satu kesalahan?