Haid, Istihadah & Nifas
Publisher,Inteam
Publication Date,
Format, Hardcover
Weight, 580 g
No. of Pages,
Jadikanlah kitab ini sebagai cenderahati buat insan yang mulia di majlis perkahwinan, pertunangan, kesyukuran, hari guru, hari ibu, di pejabat-pejabat dan sebagainya.
Walau siapa pun diri anda, andalah bertanggungjawab dalam menangani masalah ini. Walaupun masalah ini berlaku di kalangan kaum wanita sahaja, tetapi kaum lelaki juga terlibat dan mempunyai hubungan dengan masalah ini.
Pada zaman yang serba canggih ini, ramai orang terlupa untuk mempelajarinya. Dalam minda perempuan masa kini, apabila masalah ini datang, mereka hanya mengagak-agak bahawa darah yang keluar itu haid dan apabila tempohnya terlebih sedikit maka ianya dikatakan istihadah, padahal perkara tersebut kadang-kadang adalah sebaliknya.
Seperkara lagi yang perlu diambil perhatian ialah masyarakat hari ini kurang mengetahui mengenai masalah haid kerana golongan perempuan berasa malu hendak belajar atau bertanya mengenai masalah ini lantaran merasakan bahawa haid adalah masalah dalaman wanita (hal-hal sulit) dan ada juga segelintir masyarakat yang apabila disebut mengenai perkara ini, mereka akan menganggap bahawa ia adalah suatu perkara yang lucah dan tidak senonoh, seolah-olah tidak sesuai, seolah-olah tidak sesuai untuk diperbincangkan.
Tambahan pula, pihak suami juga berasa malu hendak menyuruh isterinya belajar atau bertanya mengenai masalah haid kerana khuatir bahawa masyarakat akan mengetahui masalah dalamannya.