Haji Tanpa Visa: Catatan Travelog

ISBN: 9789672674986
Checking local availability
RM22.00
Product Details

Publisher,Fuadzail Publication
Publication Date,
Format, Paperback
Weight, 420 g
No. of Pages, 115

Lebih kurang tiga bulan saya di Riyadh, tiba-tiba saya terpanggil untuk menunaikan haji. Saya segera ke pejabat Kementerian Haji di Riyadh dan memberanikan diri ke kaunter. Ada seorang petugas di situ. Saya bertanya kalau ada lagi peluang untuk mendapatkan visa haji. Lelaki Arab itu memandang dan berkata, "Pendaftaran telah lama tutup! Dua minggu lagi wukur. Terasa kecewa. Kemudian lelaki itu berkata dalam bahasa Arab, 'Tetapi saya tidak boleh berkata TIDAK kepada kamu, daripada wajah kamu, saya pasti yang kamu adalah tetamu Allah!"

Saya teruja, cukup teruja. "Berikan pasport kamu untuk saya cop visa!" Saya serahkan pasport. Dia terkejut. "Kalau dari Malaysia, pasport haji kamu warna hijau." Saya baru teringat bahawa untuk rakyat Malaysia mengerjakan haji - ketika itu - kita menggunakan pasport lain. Kembali terasa kecewa. Kami berpandangan. Dia tersenyum. "Sekali lagi, saya yakin kamu tetamu Allah dan saya tidak boleh berkata tidak kepada kamu!" Dia pun mengambil sehelai kertas dan mengecap visa haji di atas kertas itu. Kerat kecil dan masukkan ke pasport. "Wahai tetamu Allah, pergilah, pergilah. Jangan pandang ke belakang, teruskan perjalanan haji kamu!" 

Customer Reviews

Be the first to write a review
0%
(0)
0%
(0)
0%
(0)
0%
(0)
0%
(0)