Hakikat Agama Syiah Imam Dua Belas (Imamiyah)
Publisher,Badan Perkhidmatan Penerangan Islam Selangor dan Wilayah Persekutuan
Publication Date,
Format, Paperback
Weight, 420 g
No. of Pages,
Mengapa anda perlu baca buku ini?:
1.Karya ini adalah hasil penyelidikan Syeikh Muhibuddin AI-Khatib rhm.(1303-1389H) seorang ulama terkenal di Mesir. Beliau mendedahkan usaha-usaha yang dirancang untuk menakluk Dunia Islam.
2.Pembunuhan Umar bin Khattab r.a. oleh Abu Lu'luah, adalah rancangan Yahudi, Nasrani dan Majusi. Dewasa ini hari terbunuhnya Umar ra. telah menjadi hari bersuka ria di Iran.
3.Makam Abu Lu'luah (gelarannya Wira yang Berani- Baba Syuja) berhampiran kota Taheran diperbesarkan pada Tahun 1988. Orang Syiah percaya bahawa Tuhan tidak mencatatkan dosa dosa mereka semasa hari Perayaan Wira yang Berani itu, pada 9, 10 dan 11 Rabiul Awwal.
4.Dr. Husain al Musawi – yang pernah menjadi seorang ulama Syiah yang terkenal di Najaf, Iraq – dalam bukunya bertajuk Kenapa saya keluar dari Syiah?. Beliu berkata: “Ulama Syiah adalah manusia yang paling buruk di muka bumi ini”. Ulama Syiah Imamiyah bernama Husain Bahrululum- telah mengeluarkan fatwa pada 20 Safar, 1421H menghukum Dr. Husain al Musawi sebagai orang murtad.
5.Setelah Dr. Husain bertaubat daripada agama Syiah, dia disusuli oleh Dr. Musa al Musawi sahabat karib Presiden al-Khomeini. Dr. Musa al Musawi berkata: “Gerakan Khomeini adalah gerakan Zionis yang bekerja untuk kepentingan Israel”