Hakikat Ketuhanan
Publisher,Badan Perkhidmatan Penerangan Islam Selangor dan Wilayah Persekutuan
Publication Date,
Format, Paperback
Weight, 420 g
No. of Pages,
Kitab ini adalah tulisan Syeikh Ibnu aI-Uthaimin rhm. seorang ulama fekah Ahlis Sunnah Wal Jamaah pada zaman ini. Ia merupakan suatu ringkasan kepada karya Ibnu Taimiyyah rhm. bertajuk Fatwa al-Hamawiyah ditulis pada tahun 698H. Ia adalah jawapan kepada soalan daripada seorang Qadhi dari daerah Hamat di Syam. Soalan itu adalah berkaitan dengan pandangan para ahli fekah dan para alim mengenai ayat-ayat sifat serta hadis-Nya.
AI- Hafiz Ibnu Hajar dan al- Hafiz adz-Dzahabi rhm. telah memuji Syeikhul Islam tentang ilmunya yang sangat luas. Beliau adalah seorang alim yang pakar dalam ilmu hadis, tafsir dan ilmu Usuludin. Ibnu Taimiyyah rhm. berjihad menegakkan haq, menjelaskan masalah-masalah agama, membela Islam dan kaum Muslimin.
Syeikh Ibnu Uthaimin rhm. telah membuat ringkasan bagi karya berkenaan supaya senang difahami. Setiap Muslim amat memerlukan kepada penjelasan mengenai hakikat ketuhanan seperti mana difahami oleh as-Salaf as-Solleh. Ayat-ayat sifat penting supaya seorang Muslim dapat memahami dan mengenali Tuhannya.