Hamka

ISBN: 9789674113100
Checking local availability
RM27.00
Product Details

Publisher,PTS Publications
Publication Date,
Format, Paperback
Weight, 700 g
No. of Pages,

Hamka atau nama sebenarnya Abdul Malik bin Karim Amrullah lahir pada 16 Februari 1908 di Ranah Minangkabau, Sumatera Barat, meninggal dunia di Jakarta pada 24 July 1981 dikebumikan di TPU Tanah Kusir Jakarta. Beliau meninggalkan 10 orang anak, 7 lelaki dan 3 perempuan.

Nama Hamka bukan saja terkenal di Indonesia malah di Malaysia, Singapura, Brunei dan beberapa Negara Arab. Beliau diberi gelaran Buya, panggilan masyarakat Minangkabau yang bermaksud ayah atau seseorang yang dihormati. Buya Hamka terkenal sebagai seorang Sasterawan, pendakwah, ulama dan aktivis politik.

Buya Hamka mendapat pendidikan awal di Sekolah Dasar Maninjau sehingga darjah dua. Kemudian menyambung pelajaran di Thawalib yang didirikan oleh bapanya sendiri di Padang Panjang. Di situ Buya Hamka belajar agama dan bahasa Arab.

Buya Hamka pernah menjadi guru agama pada tahun 1927 di sekolah Agama Perkebunan Tebing Tinggi, Medan kemudian berpindah ke Padang Panjang pada tahun 1929. Buya Hamka pernah menjadi pensyarah di Universiti Islam, Jakarta dan Universiti Muhammadiyah, Padang Panjang dari tahun 1957 hingga 1958. Kemudian beliau dilantik sebagai rektor Perguruan Tinggi Islam, Jakarta dan Profesor Universiti Mustopo, Jakarta.

Customer Reviews

Based on 2 reviews
0%
(0)
100%
(2)
0%
(0)
0%
(0)
0%
(0)
s
sitinurkhadijahjaafar
Hamka

Sebuah buku yang menceritakan riwayat hidup seorang yang dihormati sehingga kini iaitu Buya Hamka. Nama Hamka bukan hanya terkenal di Indonesia bahkan di Malaysia, Singapura, Brunei dan juga beberapa negara Arab. Buku ini menceritakan perjalanan hidup beliau dan juga sumbangan beliau dalam pelbagai bidang. Berbaloi beli buku ni.

N
NUR AINA FARIHAH BINTI MOHMAD KAMIL
Inspirasi

Tokoh Hamka sangat memberikan inspirasi kepada kita. Buku ini memberikan pendekatan yang mudah untuk lebih mengenali Hamka dengan lebih dekat.