Hantu Mahu Popular
Publisher,PTS Publications
Publication Date,
Format, Paperback
Weight, 420 g
No. of Pages,
Sekolah Sri Bangsar berhantu? Ya, pada siang hari ia kelihatan seperti sekolah biasa. Tetapi apabila malam menjelma, ia dipenuhi dengan hantu-hantu dan dikenali sebagai Sekolah Seram Bangsar.
Pada satu hari, Sekolah Seram Bangsar telah didatangi oleh pegawai Pejabat Pendidikan Hantu Daerah. Lawatan tersebut adalah bagi menilai tahap keseraman hantu-hantu Bangsar. Rupa-rupanya para hantu di situ tidak tahu cara-cara menakutkan manusia. Pontiana dan Pontiani, si kembar pontianak hanya tahu membuat persembahan akrobatik udara. Langsiwei si hantu langsuir yang hodoh, lebih pakar menjahit langsir raya. Dan si pochong pula pandai menari pocho-pocho dan bergelek penuh gaya. Aduhai... ini hantu atau badut sarkas?
Setelah diberi amaran, malah diugut mahu menutup Sekolah Seram Bangsar...guru besar terpaksa meminta bantuan pelajar-pelajarnya. Tolonglah takutkan manusia, jika tidak Sekolah Seram Bangsar akan hanya tinggal nama.