Hanya Kamu Johanna
Publisher,Anaasa Publication
Publication Date,
Format, Paperback
Weight, 600 g
No. of Pages,
Johanna terus ketawa geli hati apabila melihat wajah Mak Mah yang nampak sungguh terkejut itu. Terus dipeluk bahu Mak Mah. Kesian, Mak Mah. Pucat sungguh muka orang tua itu!
“Saya bergurau ajelah, Mak Mah,” katanya sambil tergelak kecil.
Mak Mah terus memukul lengan Johanna kemudian dia berlalu ke dapur. Kepala digeleng perlahan. Betullah si Johanna ni. Buat dia terkejut saja. Seram juga Mak Mah tengok muka Tuan Syed Harraz merenung Johanna. Johanna...Johanna…
“Very funny…” Suara Syed Harraz yang garau dan dalam itu membuatkan Johanna berhenti ketawa. Dia berdehem perlahan lalu memandang wajah mamat jambang itu semula. “Awak buat masalah ke kat rumah akhlak tu?” tanya Syed Harraz. Johanna pula hanya diam sahaja.
“Kenapa tak jawab? Saya tanya ni.” Mata Syed Harraz bulat memandang Johanna.
“Gua bergaduh…Pukul orang. Lepas tu umi hantar wa ke sini suruh tolong Mak Mah selama satu bulan atau lebih sebulan. Terletak kat tangan lu…” terang Johanna bersahaja.
“Gua?” Kening Syed Harraz sudah terjongket sebelah. Tak sangka budak Gothic itu boleh berbahasa begitu dengannya.
“Saya memang minta Umi Zakiah carikan seseorang yang boleh membantu Mak Mah sebab dia dah tua nak buat kerja berat. Tak sangka umi hantar budak Gothic.” Syed Harraz tersenyum sinis memandang Johanna.