Sebuah nukilan yang menarik.buku ini berkaitan dengan jiwa yang sentiasa dahagakan kasih sayang Pencipta-Nya. Ia adalah himpunan kata-kata yang mengekori jejak jiwa yang tercipta dalam pelbagai rasa. Kandungannya selain memenuhi titipan pesan, ayat-ayat yang tersusun membawa rentak keadaan yang tak lari daripada kehidupan manusia sejagat. 👏🏻