Hati Yang Kau Curi
Publisher,Karya Seni
Publication Date,
Format, Paperback
Weight, 420 g
No. of Pages, 478
Shelf: Mutiara Minda / Novel / Novel - Lain-Lain
Kindly ask our staff if you cannot locate the shelf.
Mimpi atau realiti sentiasa menjelma sehingga mengganggu hidupnya . Bukan ! Dia bukan berada di alam fantasi . Namun pada masa yang sama lelaki itu wujud mengejar cintanya . Lara makin keliru keberadaannya . Puas ditepis dan ditolak , tapi lelaki itu semakin mendekat membuatkan dirinya merantau mencari jalan keluar daripada kecelaruan hidupnya . Adri tidak akan berputus asa . Lara harus kembali ke dunia nyata . Gadis itu harus pulih daripada penyakit yang bukan kehendaknya . Lelaki durjana bernama Dr. Imran tidak layak menjadi sebahagian dalam hidup Lara .
" Percayalah , Lara . Saya ikhlas mencintai awak . Dalam keadaan apa pun saya akan tetap mencintai awak . Saya berharap awak akan sembuh sepenuhnya dan kita akan melalui hidup yang indah ini bersama . - ADRI
" Lara ... tunggu masanya akan tiba . Kau akan keluar dari sini dan menjadi orang yang lain . Insan baru dengan memori baru , tanpa secebis pun kenangan pahit . - DR . IMRAN
Ah ... Bencinya ! Lara diamuk keresahan . Apa benar Dr. Imran benar - benar mahu memulihkannya daripada sejarah silam ? Apa benar Adri merupakan lelaki yang mula - mula bertahta di hatinya ? Lelaki yang sanggup berkorban demi dirinya ? Namun dia harus bersabar hanya untuk menjaga imej dan maruah keluarganya . Dia tidak ingin mengulangi sejarah lama . Dia tidak akan mudah mengamuk lagi ! Tidak . Itu azam dan tekad yang ditanamnya sejak keluar daripada pusat rawatan itu .
" Aku tak tahu apa yang berlaku pada diriku , tapi aku rasa seperti ingin lari . Lari ke tempat yang paling jauh yang tidak akan ditemui oleh sesiapa pun jua . Aku hanya ingin bersendirian ! "