Hati yang Kau Sentuh

ISBN: 9789670874197
Checking local availability
RM20.00
Product Details

Publisher,Kaki Novel
Publication Date,
Format, Paperback
Weight, 500 g
No. of Pages,

Menyimpan perasaan pada majikan sendiri bukan satu perkara mudah buat Suraya. Sekian lama melayan rasa, Suraya tiba-tiba dikecewakan apabila Naufal diberitakan akan bernikah tidak lama lagi. Hati bagai dihiris dengan sembilu namun, iman tetap cuba memujuk agar hati reda dengan semua ini.

Dipinang seorang doktor yang begitu menjaga batas pergaulan, Suraya menerima dengan hati kosong. Sementelah istikharah sudah didirikan, dia tahu keputusannya menerima Ahmad Mubin adalah tepat. Namun siapa sangka, lelaki yang telah mendiami sekeping hatinya tidak meneruskan perkahwinan dengan tunangnya malah telah bertemu semula dengan Suraya di negeri di bawah bayu sebagai majikan Suraya.

Sekali lagi! Silaturahim yang dulunya rapat kini terjalin dengan lebih kukuh malah sampai ke satu tahap bila Suraya bukan lagi bertepuk sebelah tangan bila Naufal tiba-tiba meluah rasa yang sama. Tarikh perkahwinannya yang semakin menghampiri membuatkan hati Suraya mula berbolak-balik di antara Naufal dan Ahmad Mubin. Antara cinta dan janji yang sudah terikat.

Naufal pula langsung tak menyedari diri sudah hampir memasuki taman larangan. Dan saat kenyataan bahawa Suraya bakal menjadi isteri orang sampai ke telinga, Naufal jadi hilang arah lalu pergi membawa diri. Kalau dulu mereka terpisah tetapi bertemu semula, adakah kali ini cinta Naufal dan Suraya menemui titik penyudahnya?

Siapakah yang bakal memenangi hati Suraya? Naufal atau Ahmad Mubin?

“Bukan semua yang kita nak, kita akan dapat. Bersabarlah…kerana buah kesabaran itu hadiahnya sangat indah. Allah tak beri apa yang kita minta. Tapi, Dia beri apa yang kita perlukan.”.

Customer Reviews

No reviews yet
0%
(0)
0%
(0)
0%
(0)
0%
(0)
0%
(0)