Hati yang Tersakiti

ISBN: 9789674690588
Checking local availability
RM21.00
Product Details

Publisher,Karya Seni
Publication Date,
Format, Paperback
Weight, 600 g
No. of Pages, 470

Adam…Walau sebaik mana dia melayani seseorang wanita, dia tetap gagal. Gagal dalam percintaan. Dua kali putus cinta membuatkan dia pasrah dan reda. Jika ada jodoh pasti dia akan bertemu dengan wanita yang memang sudah ditakdirkan buatnya.

Farhaini… Hidup sebagai seorang adik angkat membuatkan dia tersedar akan sesuatu. Batas pergaulan antara dia dan Abang Idham terlalu besar jurangnya. Hatinya merintih kerana cinta yang mekar tidak dapat dipupuk. Kesudahannya dia hanya memendam perasaan sehinggalah dia bertemu lelaki itu. Lelaki yang membuatkan hidupnya berubah warna.

“Habis tu encik nak bawa saya pergi mana?” - Farhaini

“My house.” - Adam Pertemuan yang tidak disangka itu membuahkan satu perasaan indah dalam hati Adam. Dia berusaha untuk mengenali dan mengambil hati Farhaini. Jarak umur 10 tahun tidak membataskan Adam untuk jujur dengan isi hatinya.

“Sebenarnya saya nak minta tolong awak untuk berlakon jadi kekasih olok-olok saya. Untuk satu hari aje.” - Farhaini

“Saya setuju. Tapi dengan satu syarat.” - Adam

Adam mengambil peluang itu untuk menawan hati si gadis. Perhubungan mereka berjalan lancar dan seperti apa yang diharapkan Adam. Tetapi dia tidak sedar. Kerana kejujuran dan sikapnya yang terlalu mudah menyayangi itu akan memakan dirinya sendiri pada kemudian hari.

“Katakan satu hari nanti saya ada buat sesuatu yang menyakitkan awak, apa yang awak akan buat?” - Farhaini

Kata-kata itu bukan sekadar soalan tapi lebih kepada mahu Adam bersedia. Hubungan yang dirasakan indah itu rupa-rupanya dibina atas dasar penipuan. Adam rasa dirinya diperbodohkan!

“Awak pernah tak fikir tentang perasaan saya bila awak buat keputusan untuk jadikan saya sebagai kambing hitam? Awak pergunakan perasaan saya untuk kepentingan awak sendiri. Unbelievable!” - Adam

“Saya tak bermaksud macam tu. Saya cuma…” - Farhaini

Cuaca tak selalunya indah. Begitu juga dalam sesuatu perhubungan. Di manakah nilai kasih sayang jika hanya sebelah pihak yang menunjukkan kesungguhan? Masih adakah harapan untuk Farhaini memujuk sekeping hati yang telah disakitinya? Dan mampukah dia menerima satu berita yang tidak dijangka?

Customer Reviews

No reviews yet
0%
(0)
0%
(0)
0%
(0)
0%
(0)
0%
(0)