Hatiku Memilihmu

ISBN: 9789672116493
Checking local availability
RM25.00
Product Details

Publisher,Dear Novels
Publication Date,
Format, Paperback
Weight, 420 g
No. of Pages,

Find this product in our store.
Shelf: Mutiara Minda / Novel / Novel - Lain-Lain

Kindly ask our staff if you cannot locate the shelf.

Dunia Risa penuh dengan duka sehingga dia bertemu dengan Naufal, lelaki yang penuh dengan senyuman ketika bercuti secara solo di Seoul, Korea. Sungguh hatinya berasa jengkel setiap kali lelaki itu cuba mahu berkawan dengan dirinya walaupun sudah puas ditolak dengan pelbagai amaran dan cara. Sikap dingin Risa membuatkan Naufal penasaran. Wajah tanpa senyuman itu menggamit rasa ingin tahunya terhadap Risa, dengan lebih mendalam. Betapa sukarnya dia mahu mengetahui nama gadis itu apatah lagi mendekatinya. Hatinya sering berkecil hati dengan kata-kata berbisa Risa, namun dia tidak pernah jemu dan semakin galak pula cuba memikat hati itu. Disebabkan kedinginan Risa, Naufal memanggilnya dengan nama Mawar.

“Saya Risa okey. Bukannya Mawar. Nur Risa. Risa. R.I.S.A.” Checkmate!

Ingatkan mereka tidak akan pernah bertemu lagi, namun takdir menemukan mereka semula ketika Risa mula bekerja di Dapur Dean. Semakin Risa cuba melarikan diri, semakin dekat pula Naufal mendapatkannya. Disebabkan satu kejadian, Naufal mengaku Risa kekasih hatinya dan Risa pula mahu tidak mahu akur saja dengan kenyataan itu, walaupun hatinya membantah seratus peratus!

Customer Reviews

Based on 1 review
0%
(0)
100%
(1)
0%
(0)
0%
(0)
0%
(0)
s
sitinurkhadijahjaafar
Hatiku Memilihmu

Sebuah novel yang mengisahkan tentang kehidupan Risa yang penuh duka dan bertemu dengan lelaki yang penuh senyuman iaitu Naufal ketika bercuti secara sola di Korea. Namun, Risa bersikap dingin dengan Naufal yang ingin memikatnya. Apakah kesudahan kisah mereka. Kena dapatkan dengan segera untuk tahu pengakhiran kisah ini.