Hatiku Selalu Denganmu

ISBN: 9789672902447
Checking local availability
RM26.00
Product Details

Publisher,Dear Novels
Publication Date,
Format, Paperback
Weight, 420 g
No. of Pages,

Find this product in our store.
Shelf: Mutiara Minda / Novel / Cinta

Kindly ask our staff if you cannot locate the shelf.

Jujur dan tulusmu, terlalu indah buatku. Demi mencari saudara yang melarikan diri, Karma datang ke utara. Pada hari pertama di daerah kecil itu, dia bertemu Cinta yang gila-gila. Cinta yang terhimpit dengan hutang arwah ayah, hendak menukar kerjaya daripada penoreh getah profesional kepada pelayan kafe yang boleh menjanjikan pendapatan yang lebih tetap. Lagi bersemangat dia apabila adanya Karma, si cinta pandang pertamanya di tempat dia minta kerja.

Demi menjerat... Eh tak, memikat, Cinta cuba tunjuk lagak seorang gadis yang konon otaknya bergeliga. Maklumlah Karma mengaji tinggi, graduan luar negeri lagi. Dan Karma layankan sahaja kerenah gadis yang selalu bercakap besar, berangan besar, bercita-cita besar itu. Jumpa saudara yang dicari, Karma hendak pergi. Membawa sekali Seroja yang sudah memandangnya sebagai lelaki idaman. Dan Cinta meminta sebuah harapan sebelum dia melepaskan Karma pulang.

“Jom kita kahwin.” - Cinta

“Saya akan kembali kepada awak dengan jawapan.” - Karma

Benarlah, berjanji itu mudah. Antara masa dan jarak, setia dan sabar terduga. Karma tidak dapat kembali, terhalang oleh keadaan. Cinta yang tidak dapat terus menanti akhirnya memilih untuk tidak lagi berharap. Biarlah Karma pergi. Tatkala Cinta sangka hidupnya sudah baik-baik sahaja, Karma muncul di hadapan mata. Apabila bertemu semula dalam dingin hujan, hati yang pernah teruji, kembali diuji. Antara Karma yang kini menjanjikan bahagia, antara Cinta yang masih terluka, adakah akan ada peluang kedua untuk mereka?

Customer Reviews

Be the first to write a review
0%
(0)
0%
(0)
0%
(0)
0%
(0)
0%
(0)