Hebatnya Ahli Sufi
Publisher,Green Dome
Publication Date,
Format, Paperback
Weight, 500 g
No. of Pages,
Ini ialah himpunan kisah sufi. Kisah keajaiban dan kesaktian golongan sufi. Ada yang sukar dicerna akal. Malahan ada juga yang langsung tidak masuk akal.
Inilah kelebihan-kelebihan yang dikurniakan Allah kepada mereka, golongan yang bibirnya tidak pernah putus menzikirkan nama Allah dan hati yang sepenuhnya bergantung kepada Allah untuk semua urusan, kecil atau besar.
Tiada yang pelik dan aneh sebenarnya. Ia hanya setitis daripada ilmu Allah yang Maha Luas, yang dipinjamkan Allah kepada mereka.
Nyatanya, dalam setiap kemuliaan itu, tidak pernah sekali pun golongan ini meninggikan diri kerana mereka sedar, kita semua hanya hamba Allah. Akhir hayat nanti, jasad tetap akan bersalut tanah.