Hebatnya Solat Wajib dan Solat Sunat - Berserta Doa-Doa Harian

ISBN: 9789674391140
Checking local availability
RM14.00
Product Details

Publisher,Al-Hidayah Publisher
Publication Date,
Format, Paperback
Weight, 200 g
No. of Pages,

Ibadah Solat, adalah asas dalam membina dan membentuk Islam dan Syariatnya. Solat adalah tiang seri dan runjang Islam, syiar dan Syariat Islam, Meninggalkan dan mengabaikan ibadah Solat bermakna, kita dengan sendirinya telah meruntuhkan dan merosakkan tiang seri agama Islam. Rasulullah SAW pernah menegaskan bahawa yang membezakan antara orang Islam dengan orang bukan Islam ialah Solat. Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud: "Siapa meninggalkan Solat dengan sengaja maka sesungguhnya dia kafir terang-terangan".
(HR Imam Ahmad)

Peringatan ini berupa amaran tegas Rasulullah SAW ini hendaklah menjadi pengajaran kepada umat Islam agar kita tidak memandang enteng terhadap ibadah solat fardu lima wakru. Oleh sebab itu, sebagai ibubapa hendaklah mengambil berat tenrang ibadah Solat dalam rumah tangga dan ahli keluarga serta anak-anak kita. Guru, pensyarah dan ustaz-ustazah di sekolah, kolej, universiti hendaklah mengingatkan kepada anak didik mereka untuk menjaga ibadah Solat. Di pejabat ketua pejabat hendaklah memberikan peringatan kepada pekerja bawahannya tentang kewajipan menunaikan ibadah Solat. Begitu juga di premis perniagaan, kilang, pasar dan sebagainya, pengurusnya hendaklah bertindak tegas supaya pekerjanya menjaga Solat fardu lima waktu.

Perlu diingatkan, bahawa umat yang memelihara ibadah Solat, pekerja yang menjaga ibadah Solat, ahli keluarga yang mementingkan ibadah Solat dan pelajar yang diasuh menjaga ibadah Solat fardu lima wakru itu. Dijamin rnereka akan lebih berdisiplin, amanah, jujur, bersemangat melaksanakan kerja dan tidak suka menipu, khianat atau membuat perkara-perkara keji dan mungkar. Buku Hebatnya Solat Wajib dan Solat Sunat ini mengandungi panduan lengkap solat-solat fardhu dan sunat, termasuk panduan berwuduk dan tayammum, diikuti oleh bacaan-bacaan dalam solat, zikir dan wirid berkaitan dengannya yang amat sesuai dijadikan bahan pembelajaran fardu Ain dalam kalangan individu, keluarga dan sekolah-sekolah agama dan KAFA.

Customer Reviews

No reviews yet
0%
(0)
0%
(0)
0%
(0)
0%
(0)
0%
(0)