Hei, Cinta!

ISBN: 9789672813460
Checking local availability
RM35.00
Product Details

Publisher,Rinsya Chasiani Publication
Publication Date,
Format, Paperback
Weight, 0.4 kg
No. of Pages, 401

Find this product in our store.
Shelf: MUTIARA MINDA / NOVEL / CINTA

Kindly ask our staff if you cannot locate the shelf.

Tipikal kahwin tanpa rela, si pengantin larikan diri, kemudian terpaksa cari seseorang untuk menggantikannya, kalau tidak kena tanggung malu seumur hidup dan bla, bla, bla… semestinya adik-beradik yang kena tanggung.
 
Rasanya sudah boleh tukar nama kepada kahwin bidan terjun ataupun kahwin baton. Suka hati je nak lepas dekat orang.
 
Hayla, seorang pensyarah muda yang berjaya menaikkan namanya di sebuah universiti berprestij. Seorang yang matang dan bertanggungjawab. Cerita demi cerita, Hayla dapat tahu yang adiknya mahu mendirikan rumah tangga dengan kekasih hati.
 
Terkejut? Sepastinya. Tapi dia tidak menghalang. Pembetulan, dia cuba menghalang. Mana tidaknya jika lelaki yang dianggap tunang adiknya itu sudah lagak seperti gengster kampung!

“What are you? An addict?” —HAYLA

“Muka ni nampak macam penghisap ke?” —UWAIS

Bengang. Perangai tak seindah muka. Bukan Uwais saja, adiknya itu dua kali lima juga. Perangai tak boleh dijangka. Lagi tak dijangka apabila Hanim memilih untuk lari daripada perkahwinan sendiri.

“Kakak, tolong kami.” —ENCIK BURHAN

Bunyi seperti permintaan kecil seorang bapa terhadap anaknya, tapi siapa sangka permintaan itu mengubah seluruh kehidupan Hayla? Perkahwinan tanpa rela… bersama dia. Mampukah Hayla mencari kesempurnaan di dalam perkahwinannya? Atau hanya derita yang menunggu?

 

Dimensi: 12.7 x 2.8 x 20.3 cm