Her Savior

ISBN: 9789672902706
Checking local availability
RM30.00
Product Details

Publisher,Dear Novels
Publication Date,
Format, Paperback
Weight,
No. of Pages,

Kapsyen:

Mengikat hati kerana janji,

mengukuh sejati dengan ikatan suci.

 

Blurb:

Siapa bilang menjadi jutawan muda semudah disangka? Tidak bagi Kayla Kirana Xin. Dia jelita dan kaya-raya, namun hidupnya dikelilingi kesunyian, muslihat dan kepalsuan.

 

Hadirnya Haikal sebagai pengawal peribadi banyak membantu Kayla merungkai kepalsuan itu. Haikal pula, lain yang ingin dia rungkai, lain pula yang dia temui mengenai jutawan muda itu.

 

“Saya takkan lepaskan awak, Kayla Kirana Xin! Saya takkan lepaskan awak selagi saya tak tahu apa yang awak sembunyikan! Saya takkan pergi selagi awak tak terima hukuman setimpal!”

 

Hati Kayla digugat dan dia tidak mampu menolak wujudnya cinta buat lelaki itu. Namun, cintanya bertaut kepada lelaki yang salah, sedang sayang semakin merebak.

         

“Saya tak kisah tentang berapa yang dia janjikan pada saya. Yang saya kisah sekarang, berapa banyak yang akan saya dapat kalau saya kahwin dengan Kayla Kirana Xin.”

“Saya merayu, Haikal, tolong lepaskan saya.”

“Saya akan lepaskan awak, tapi dengan satu syarat. Awak mesti kahwin dengan saya.”

“Saya takkan kahwin dengan awak! Tak!”

“Terima atau tak, awak yang akan tanggung akibatnya. Dengan siapa pun awak berkahwin, awak tetap akan di bunuh.”

 

Bukan lamaran begitu yang Kayla Kirana Xin harapkan daripada Haikal. Kayla hampa dan lamaran itu semakin menjerut dirinya. Terima atau menolak Haikal tetap lelaki yang diupah untuk menamatkan riwayat hidupnya. Lama atau cepat, dia tetap sekadar mangsa.

Customer Reviews

Be the first to write a review
0%
(0)
0%
(0)
0%
(0)
0%
(0)
0%
(0)