Hero Jelita

ISBN: 9789674062736
Checking local availability
RM26.00
Product Details

Publisher,KARNADYA
Publication Date,
Format, Paperback
Weight, 420 g
No. of Pages,

“Awak nak bukti Cik Aaira, kita nikah dulu eh baru saya boleh buktikan.” Aaira mahu korek telinganya. Dia pasti Aryan sebut perkataan nikah tadi. Tapi bila masanya dia setuju hendak menikah dengan Aryan. Takkan hendak menikah semata-mata nak buktikan lelaki itu bukan gay.

“Awak ni waras ke? Takkan semata-mata nak buktikan bukan gay, awak sanggup nikah dengan saya.” Aaira beranikan diri. Meletus tawa dari bibirnya. Lelaki itu gila agaknya. Memang pastilah dia tidak akan menikah dengan Aryan. Dia tidak mahu masa depannya rosak kerana lelaki cantik ini.

“Saya buktikan secara halal. Kalau awak nak tau secara haram, saya boleh bawak awak pergi hotel sekarang. Rasanya dalam tandas ni pun boleh juga… tak ada sesiapa kat sini kan. Semua orang tengah makan.” Aryan mahu mencapai lengan Aaira. Namun gadis itu pantas menjauh.

“Awak gila kan. Lepas dah buktikan apa yang saya dapat. Lepas tu pasti awak akan ceraikan saya kan.” Aaira rasa mahu ketuk kepala sendiri. Soalan lain yang mahu ditanya tetapi lain pula yang muncul di mulutnya.

“Awak dapat suami yang cantik jelita dan kaya raya. Kalau pun saya ceraikan awak, saya akan pastikan awak dapat pampasan yang banyak. Awak akan jadi janda yang kaya raya.”

“Berlagak tak ingat dunia. Bayar pampasan konon. Saya tak sudi nak kahwin dengan perempuan dalam badan lelaki macam awak ni. Geli tau tak. Lagipun tak baik kahwin dengan niat jahat. Huh.. tak hingin tengok muka awak tu.” Aaira senyum mengejek.

“Saya akan pastikan awak makan hati ulam jantung setiap hari future wife. Biar berdarah mata tu terpaksa tengok kecantikan saya.” Aryan tersengih nakal.

“No! Saya tak nak kahwin dengan awak.”

“Maaf Cik Aaira... Saya akan pastikan kita kahwin.” Aryan berkata dengan penuh keyakinan. Aaira terkedu.

“Hujung bulan ni jugak!” Setelah habis berkata-kata Aryan heret kaki meninggalkan tempat itu.

Customer Reviews

Based on 1 review
0%
(0)
100%
(1)
0%
(0)
0%
(0)
0%
(0)
S
Siti Radhiah
HERO JELITA

Secara keseluruhan, jalan cerita novel ni menarik untuk dibaca. Amat sesuai untuk mereka yang suka baca novel yang heronya hensem ala-ala Korea. Watak hero dan heroin yang bagaikan langit dan bumi yang akhirnya berkahwin. Seronok juga baca novel ni. Boleh dibaca ketika santai.