Heroku Selamanya
Publisher,Karya Seni
Publication Date,
Format, Paperback
Weight, 420 g
No. of Pages,
Shelf: Mutiara Minda / Novel / Cinta
Kindly ask our staff if you cannot locate the shelf.
“Kuasanya, seluruh denyut nadi ditawan.”
CHANTIQ SALSABILA… Pada usia yang muda dia memiliki perniagaan sendiri. Boleh dikatakan dia punya segalanya. Apatah lagi dia didampingi abang yang sentiasa mengambil berat dan sepupu ataupun calon suami pilihan umi yang berkaliber membuatkan dia yakin untuk mengorak langkah lebih jauh. Namun secara tiba-tiba, takdirnya bertemu dengan encik chlorine.
“My name is chlorine…”
“I can form covalent bond with your brother but with you, we can form a perfect ionic bond.” - Fateh al-Rizq
“Oh, really? By the way, my name is helium. I’m chemically unreactive.”
“Or I’m also known as monoatomic. Forever alone.” - CHANTIQ
Perkenalan dan kerjasama antara mereka bukanlah semudah yang disangka. Mengenali bujang terlajak itu sentiasa menguji maksud sabar. Ia menjadi lebih rumit apabila si sepupu turut campur tangan. Kena perli, selalu. Makan hati, setiap waktu. Kelahi hingga jadi seteru. Tapi, kenapa rasa aneh ini muncul? Mereka punya ‘chemistry’ ke? Benarlah yang disangka panas, hujan di tengah hari. Belum sempat menggembur rasa, ia telah terkubur dek prasangka.
Chantiq berjauh hati apabila Fateh lebih memilih percaya akan fitnah. Dia marah, dia lelah. Namun sekali lagi hatinya membuat onar. Mengapa mesti terselit rindu? Bila bahagia mendekati, mengapa curiga masih merajai? “That is the truth. I never cheat on you. Abang bukan muda lagi sayang nak try and error untuk semua ni. Please... Put your trust on me.” Bolehkah bersama, jika cinta tanpa percaya? Mampukah gapai bahagia, jika tanpa restu orang tua?
Sebuah novel yang berlatar belakang dunia fesyen. Mengisahkan Chantiq yang mempunyai perniagaan sendiri bertemu dengan si bujang terlajak bernama Fateh. Pelbagai usaha dilakukan untuk memikat Chantiq tetapi banyak halangan yang menghalang usahanya. Namun terjadi konflik yang menjauhkan lagi mereka berdua. Jalan cerita yang menarik membuatkan pembaca terus melekat dengan novel ini. Tahniah kepada penulis yang menghasilkan karya yang baik meskipun baru pertama kali menulis.