Hidangan X-Press 30 Minit untuk Supermom & Superdad

ISBN: 9789674491703
Checking local availability
RM19.90
Product Details

Publisher,Ana Muslim Sdn Bhd
Publication Date,
Format, Paperback
Weight, 500 g
No. of Pages,

Sihat, Mudah & Sedap.Chef Shamsul Anuar atau lebih dikenali sebagai Chef Arm merupakan chef selebriti yang tidak asing lagi. Beliau merupakan pengacara rancangan TV yang berjudul Kembara Masakan Opotobo Sedapnya bagi musim pertama hingga musim ketiga yang telah ditayangkan di saluran RTM 2 dan saluran TVi (Astro 180).

Chef Arm juga telah menerima pengiktirafan dan penghargaan daripada Kementerian Kesihatan Malaysia (Anugerah Chef Menu Sihat Terbaik), Top 5 Chef Kreatif Terbaik Asian Food Channel ( AFC ), Top 3 The Best Asian Celebrity Chef 2015 daripada World Chef Association dan US Plate Culture Media, juri dan mentor bagi program King Juara Memasak di Saluran Mediacorp Suria TV Singapura, pengacara bersama John Tarode (Juri Masterchef UK), program Malaysia Truly Asia terbitan Cactus Studio Production, London untuk tayangan di Saluran BBC, Ahli Jawatankuasa Penasihat Kualiti Makanan Program 1 Malaysia Mobile Hawkers anjuran Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan.

Sepanjang penglibatan beliau dalam arena ini, Chef Arm sudah menghasilkan 10 buah judul buku resipi yang dipasarkan di seluruh Malaysia, Brunei dan Indonesia. Selain itu, beliau juga mempunyai hampir 30 buah video masakan yang ditayangkan di saluran Hypptv (Unifi) terbitan Geoflex Sdn. Bhd.

Buku Hidangan X-press 30 Minit Untuk Supermom & Superdad ini memaparkan pelbagai resipi berasaskan hidangan barat. Pastinya, resipi-resipi yang digemari anak-anak dan mudah untuk dimasak oleh kebanyakan para ibu dan bapa yang sibuk.

Customer Reviews

No reviews yet
0%
(0)
0%
(0)
0%
(0)
0%
(0)
0%
(0)