Hidup Ini Tumpang-Menumpang

ISBN: 9789673611850
Checking local availability
RM15.00
Product Details

Publisher,Kemilau Publika
Publication Date,
Format, Paperback
Weight, 400 g
No. of Pages,

“Hidup ini tumpang-menumpang. Di situlah lahirnya syukur kita kepada Allah. Pada sepinggan nasi yang kita makan, di situ ada nasi yang diusahakan oleh petani, ada ikan yang dicari nelayan, ada ayam yang dipelihara oleh penternak. Betapa banyaknya pihak yang bekerja untuk memberikan sepinggan nasi kepada kita. Alangkah kerdilnya kita di bumi Allah ini…Maka siapakah kita untuk menolak agama Allah?” (Allahyarham Tuan Guru Dato’ Nik Abdul Aziz Nik Mat)
 
Naskhah ‘Hidup Ini Tumpang-menumpang’ merupakan sebaris frasa kepada serangkap bait kata-kata yang pernah dituturkan oleh Allahyarham Tuan Guru Dato’ Nik Abdul Aziz Nik Mat semasa hayat beliau. Lalu, frasa itu dijadikan sebagai tajuk buku yang menghimpunkan nukilan ringkas kata-kata hikmah Tok Guru, dan bertindak sebagai kesinambungan buku yang berjudul ‘Hentian Terakhir’dan ‘Dua Jalan Dunia’. 
 
Segala cebisan kata berinspirasi yang terkandung adalah dipetik daripada buku-buku Tok Guru yang berjudul ‘Ingatlah Tempatmu di Akhirat’ dan ‘Kenal Pembeza Hak & Batil’.

Customer Reviews

Based on 1 review
100%
(1)
0%
(0)
0%
(0)
0%
(0)
0%
(0)
s
sitinurkhadijahjaafar
Hidup Ini Tumpang-Menumpang

Sebuah buku yang menimbulkan keinsafan kepada pembaca. Segala nasihat dan pesanan yang dititipkan oleh Tuan Guru sangat menyentuh hati dan menyentap perasaan kerana apa yang dinasihatkan itu seperti teguran kepada pembaca.