Hidup Tidak Sering Kali Baik-Baik Sahaja, Tetapi Kita Mampu Menghadapinya
Publisher,PTS Publishing House
Publication Date,
Format, Paperback
Weight, 350 g
No. of Pages, 241
Shelf: Mutiara Minda / Rujukan Agama / Motivasi Agama
Kindly ask our staff if you cannot locate the shelf.
Dalam hidup ini kita sering berasa tidak berdaya ketika sedang dilanda masalah hidup yang seakan tiada habisnya. Kadang kita berasa permasalahan yang kita hadapi adalah yang paling berat di dunia. Tidak jarang juga berasa gagal menjadi yang terbaik, padahal sudah berusaha semampu yang boleh.
Buku “Hidup Sering Kali Tidak Baik-Baik Sahaja, Tetapi Kita Mampu Menghadapinya” ini ditulis untuk kita yang berasa di titik terendah dan sedang kehilangan arah. Meskipun tergolong klasik, nasihat-nasihat dalam buku ini masih tetap relevan bagi menjawab pelbagai masalah yang kita alami hari ini.
Buku karya ulama sekali gus sasterawan dunia ini pernah disekat oleh pemerintah kolonial Belanda untuk diajarkan oleh para guru di institusi pondok di Indonesia. Buku ini dianggap berbahaya dan dapat membangkitkan semangat perjuangan dan perlawanan kaum muda. Selain itu, buku ini juga yang menjadi salah satu inspirasi KH Hasyim Asy’ari dalam mencetuskan Resolusi Jihad yang mencetuskan pertempuran November 1945 di Surabaya.