Hidupkan Hatimu

ISBN: 9789673712427
Checking local availability
RM36.90
Product Details

Publisher,Synergy Books
Publication Date,
Format, Paperback
Weight, 420 g
No. of Pages,

Penyimpangan seseorang kepada jalan yang dibenci Allah SWT memang banyak penyebabnya. Jiwa yang kotor, suka mengikut hawa nafsu, banyak berangan dan pengangguran tanpa kegiatan positif serta bermanfaat merupakan perantara timbulnya penyimpangan tersebut. Keadaan lalai dan ketidaksedaran tentulah membuatkan iman kita menjadi lemah sehingga dosa bukan menjadi pertimbangan utama kita untuk berbuat sesuatu mengikut nafsu.

Pengaruh dosa terhadap kehidupan seseorang, jarang suatu masalah disebutkan secara berulang dalam Al-Quran dan mengambil pembahasan yang besar lagi luas seperti masalah takwa kepada Allah SWT. Allah SWT telah berfirman: “Hai orang-orang yang beriman, bertakwalah kepada Allah sebenar-benar takwa kepada-Nya dan janganlah sekali-kali kalian mati melainkan dalam keadaan beragama Islam.” (Ali Imran: 102).

Ulama ahli sunnah mendefinisikan takwa secara berbeza-beza mengikut penyebab, sasaran dan sumbernya. Ibnu Taimiyah mendefinisikannya dengan mengatakan bahawa takwa adalah mengamalkan yang diperintahkan dan meninggalkan yang dilarang. Sebahagian dari mereka ada yang mengatakan bahawa takwa itu ialah apabila anda membuat pelindung antara diri anda dan azab Allah SWT.

Buku Hidupkan Hatimu  adalah penyucian hati anda daripada noda dosa yang telah kita lakukan. Menghidupkan hati melalui petunjuk (hidayah) yang datang dari Allah SWT, pemeliharaan iman, merasakan manisnya iman dan sebagainya.

Customer Reviews

No reviews yet
0%
(0)
0%
(0)
0%
(0)
0%
(0)
0%
(0)