Hidupkan Hidupmu Dengan Zikrullah,Doa,Surah & Ayat Al-Quran

ISBN: 9789670932200
Checking local availability
RM28.00
Product Details

Publisher,Jasmin
Publication Date,
Format, Paperback
Weight, 600 g
No. of Pages,

Rasulullah SAW sendiri telah banyak memberikan doa dan zikir yang dapat membantu kita di setiap waktunya dari kehidupan kita. Semua doa dan zikir tersebut dikutip daripada Al-Quran. Semuanya mengungkapkan nilai ibadah yang dipersembahkan hanya kepada Allah SWT. Tidak diragukan lagi bahawa Rasulullah SAW adalah hamba Ilahi yang paling mengenal-Nya, yang paling bertakwa dan yang paling mulia dalam hal memuji Allah SWT. Ya Allah, sampaikan selawat dan salam kepada Rasulullah SAW pemilik kedudukan terpuji di sisi-Mu.
 
Dalam kitab al-Adzkar, Imam Nawawi berkata: “Ketahuilah bahawa keutamaan zikir tidaklah terbatas pada tasbih, tahlil, tahmid, takbir dan sebagainya, akan tetapi zikir setiap perbuatan taat kepada Allah juga termasuk zikir.
 
Menjadi sebuah kemuliaan bagi golongan yang gemar berzikir, dengan mendapatkan empat pemberian Ilahi. Di dalam Sahih Muslim, daripada Abu Hurairah r.a bahawasanya Rasulullah SAW pernah bersabda, “tidaklah satu kaum itu duduk berzikir kepada Allah SWT melainkan para malaikat mengitari mereka, diliputi dengan rahmat Ilahi, diwarnai dengan ketenangan dan diingat-Nya.”
 
Semoga buku ini menjadi dorongan dan inspirasu dengan mengamalkan doa, zikir, ayat-ayat Al-Quran dalam kehidupan seharian.

Customer Reviews

No reviews yet
0%
(0)
0%
(0)
0%
(0)
0%
(0)
0%
(0)