Hidupku, Takdirku
Publisher,Deja Moss
Publication Date,
Format, Paperback
Weight, 420 g
No. of Pages,
Deja Moss - sebuah nama yang tidak asing lagi dalam industri hiburan tempatan. Meskipun tidak lagi aktif menghasilkan lagu baharu, keampuhan bakat anak kelahiran Sarawak ini masih terpahat dalam ingatan ramai.
Melewati dua dekad kemunculannya dalam industri hiburan, Deja yang melakar sejarah sebagai anak Sarawak pertama mewakili negara dalam pertandingan Festival Muzik Asia 2005, sekali gus
merangkul anugerah Penyanyi Terbaik Asia menghadirkan sebuah catatan mengenai perjalanan jatuh bangun kehidupannya menerusi Hidupku Takdirku.
Di sebalik kemilauan populariti yang diraih, Deja turut merasai kepahitan dan kekecewaan yang mengubah perjalanan hidupnya.
Sesukar mana perjalanan yang dilalui, Deja percaya tiada siapa yang dapat mengubah nasibnya kecuali dirinya sendiri.
Berpegang tenguh pada falsafah, aset utama adalah mencintai diri dan berani berubah biarpun pernah rebah, Deja merangkumkan episod demi episod yang menguji kekuatannya untuk bertahan menerusi catatan Hidupku Takdirku.
Berbekalkan impian untuk menjadi seorang penghibur, Deja memulakan langkah di kota metropolitan Kuala Lumpur untuk mengejar cita-citanya.
Tanpa sebarang pengalaman dan masih belum matang, perjalanan awal Deja menempuh badai dan gelombang hingga semangatnya hampir patah.
Menerusi catatan itu juga, Deja membongkar episod beliau berdepan depression hingga terpaksa bergantung kepada ubat, selain berkongsi pengalaman bagaimana beliau bangkit daripada sakit misteri yang hampir meragut nyawanya.
Turut dikenali sebagai usahawan yang popular dengan kek lapis Sarawak dan pernah mempromosikan air tangannya itu di Paris, Dubai, London, Singapura dan Brunei Darussalam, usahanya selama 10 tahun berlalu begitu sahaja apabila perniagaan itu terpaksa ditutup.
Ramai yang terkejut dan tertanya-tanya apa sebenarnya yang berlaku hingga Deja terpaksa melepaskan perniagaannya itu.
Dalam catatan Hidupku Takdirku, Deja turut merungkai episod cinta terhalang kerana perbezaan agama dan kegagalan perkahwinan yang pernah membuatnya serik untuk kembali mempercayai cinta.