Hilang Dalam Cinta
Publisher,Dear Novel
Publication Date,
Format, Paperback
Weight, 420 g
No. of Pages, 500
Dilahirkan daripada rahim wanita yang dianggap perampas membuatkan Arrazya cekal dan berani menghadapi hidupnya. Seawal usia 18 tahun, dia sudah keluar dari rumah papanya untuk hidup sendiri. Dia tidak betah tinggal bersama ibu tiri dan kakak yang menganggapnya sebagai orang luar.
Pertemuan dengan seorang samseng dan ‘kaki pukul’ bernama Hayyan membuatkan hidup Arrazya lintang-pukang. Masuk campur dalam hidup Hayyan membuatkan Arrazya terus terikat dengan lelaki samseng itu. Cadang Arrazya hanya mahu menyelamatkan Iswan yang ditangkap Hayyan, tapi akhirnya dia sendiri yang terperangkap.
Bagi Hayyan, perempuan seberani Arrazya perlu diajar biar dia tahu langit itu terlalu tinggi untuk digapai.
“Kau fikir kau buat perkara yang betul? Kau memang tak pernah fikir apa akan jadi kan!” - Hayyan
“Payah betul cakap dengan samseng macam kau, kan? Semuanya kau yang betul. Orang lain tak betul.” – Arrazya
Arrazya sanggup mengelar tangan sendiri demi melarikan diri daripada dikurung oleh Hayyan. Arrazya fikir dia sudah selamat, sayangnya Hayyan ada agenda lagi. Arrazya saja yang lalai.
Hayyan pergi berjumpa dengan ahli keluarga Arrazya dan meminangnya. Arrazya menolak, tetapi papanya sudah pun bersetuju.
“Yalah, aku memang samseng. Tapi tak lama lagi, samseng ni yang akan
jadi suami kau.” - Hayyan
Dunia Arrazya tunggang terbalik apabila Hayyan hidup bersamanya. Seorang ‘kaki pukul’ dan pereka kasut berkahwin? Mampukah perkahwinan itu mengubah seorang ‘kaki pukul’ menjadi elegan seperti kasut yang direka Arrazya?