Himpunan Doa-Doa Daripada Hadis Nabi
Publisher,Telaga Biru Sdn Bhd
Publication Date,
Format, Paperback
Weight, 500 g
No. of Pages, 164
Shelf: MUTIARA MINDA / RUJUKAN AGAMA / QURAN/TAFSIR & HADIS
Kindly ask our staff if you cannot locate the shelf.
Doa merupakan jambatan yang menghubungkan seseorang hamba dengan Tuhannya. Menariknya, doa bersifat peribdi dan khusus untuk setiap individu. Doa ialah ibadah yang sangat dituntut kerana ia menunjukkan sifat kehambaan dan pengharapan seorang hamba. Setiap orang boleh berdoa dan meminta apa saja yang dimahukannya tanpa limitasi bahasa, masa atau permintaan. Namun, kita sangat digalakkan untuk berdoa dengan doa yang telah diwariskan oleh al-Quran dan sunnah nabawi.
Doa daripada dua sumber primer ini mempunyai fadilat yang sangat besar dan terpakai untuk semua. Memuatkan doa-doa yang dipetik daripada al-Quran. Dalam buku ini terdapat senarai doa, sumber, terjemahan serta kegunaanya bagi memudahkan pembaca memilih doa yang sesuai. Pembaca boleh menjadikan buku ini sebagai rujukan untuk kehidupan Muslim yang lebih baik.