Himpunan Doa & Zikir Nabawi Sehari-Hari
Publisher,Al-Hidayah Publisher
Publication Date,
Format, Paperback
Weight, 150 g
No. of Pages,
Salam buat semua pembaca yang dihormati. Buku ini telah diterjemah oleh saudara Abdul Rachman Saleh Siregar dari buku Bahasa Arab hasil karya saudara Abdullah Ahmad al-Allaf, la mempunyai kepentingan meneruskan sunnah Nabi S.A.W dengan mengamalkan doa-doa yang selalu baginda amalkan seharian.
Antara doa-doa dan zikir-zikir yang dihimpun oleh penulis bermula dari seseorang hamba Allah itu bangun tidur hinggalah di saat sakaratul maut mendatanginya. Penulis memasukkan sekali athar-athar yang sahih agar dapat dijadikan pedoman untuk sekalian pembaca. Setiap muslim sedia maklum bahawa doa itu adalah senjata bagi orang mukmin, maka mereka dialu-alukan untuk membaca, menghafal dan mengamalkan doa-doa dan zikir-zikir yang selalu dibaca oleh Baginda S.A.W antaranya doa bangun tidur, doa masuk rumah baru, doa pada malam Lailatul Qadr, doa ketika bermimpi buruk, doa agar dijauhkan dari keburukan, doa bagi orang yang mahu bertaubat dan sebagainya.
Bacalah buku ini mudah-mudahan Allah mempermudahkan hafalannya. Insya Allah.
Usaha murni penulis dan penterjemah buku ini amatlah dihargai. Semoga Allah Ta'ala memberikan mereka 'inayah agar terus berkarya dan mengumpulkan bahan amalan, doa dan sunnah Nabi S.A.W untuk sumbangan mereka kepada masyarakat Islam agar menjadi umatnya yang berjaya dunia dan akhirat. Amin.