Dalam memberi nama terhadap anak, bukanlah hanya dilihat pada sudut yang sedap penyebutannya atau bunyi Arab sahaja, malahan hendaklah kita lihat kepada keperibadian tinggi yang ada nama tersebut. Umpamanya adakah nama itu ada kaitan dengan nama para Anbia, sahabat-sahabat, tabiin dan orang-orang soleh.