HINGGA NAFAS YANG TERAKHIR

ISBN: 9789838220521
Checking local availability
RM23.00
Product Details

Publisher,Fajar Pakeer
Publication Date,
Format, Paperback
Weight, 420 g
No. of Pages, 513

Find this product in our store.
Shelf: Mutiara Minda / Novel / Cinta

Kindly ask our staff if you cannot locate the shelf.

Dia manusia yang tidak kenal erti putus asa. Cintanya mengikut hierarki yang berbeza. Baginya, cinta yang dianugerahkan Sang Penguasa adalah suatu perjuangan yang perlu dipertahankan. "Saya tak akan membiarkan lagi awak mengatur buah catur mengikut selera awak. Biar permainan catur kali ini saya yang programkan. Dulu, awak suka main dengan queen, suka mulakan langkah dengan kuda. Lepas tu, lari... Awak tahu? Semua tu melambangkan cara awak menyelesaikan masalah. Kalau ada masalah, awak lari. macamlah cara tu boleh selesaikan segalanya." - FARIZ Dia reda jika takdir memisahkan mereka. Lantaran rasa rendah diri yang terpasak sejak dulu, dia membawa diri. Alasannya mudah, jika tiada seorang insan pun yang mahu menyayanginya di dunia ini, Tuhan sentiasa ada untuknya. Barangkali, jihad adalah laluan terbaik mencari bahagia. "Aku cuma seorang diri di dunia ni. Bagai tikus yang tinggal di rumah orang kaya, mengutip sisa makanan orang lain." - FARISYA Bercinta dan bahagia menjadi harapan semua insan bernyawa. Begitu juga pasangan Fariz dan Farisya. Tetapi, satu konspirasi jahat manusia tidak disangka-sangka membuat mereka terlontar di satu waktu yang memisahkan. Mampukah dipertahankan istana cinta walaupun jarak sudah mematikan langkah? Cukupkah nilai setia yang dipasak menjadi azimat? Kita yang memulai semuanya... kita jua yang mengakhirinya. Berapa kali harus menyakiti? berapa kali harus tersiksa begini? Mungkin jua berkali-kali sehingga nafas yang mengakhiri.

Customer Reviews

No reviews yet
0%
(0)
0%
(0)
0%
(0)
0%
(0)
0%
(0)