
His Dolce : Roses
Publisher,Mia Azwari Enterprise
Publication Date,
Format, Paperback
Weight, 420 g
No. of Pages,
Shelf: MUTIARA MINDA / NOVEL / CINTA
Kindly ask our staff if you cannot locate the shelf.
Kisah hidup Mawar seperti Cinderella. Sejak dari kecil, dia membesar bersama keluarga tiri. Selepas arwah ayahnya pergi, kehidupan Mawar terus diuji dengan sikap ibu tirinya yang kejam.
Selepas dia berjaya menamatkan pelajaran, Mawar pulang ke rumah dengan harapan dapat berbaik dengan keluarga tirinya. Namun lain pula yang berlaku apabila dia dipaksa berkahwin dengan lelaki pilihan Puan Medina.
Pertemuan tanpa diduga di antara Zakhwan dan Mawar, menimbulkan banyak perkara yang tidak sengaja. Lebih-lebih lagi apabila Zakhwan bergelar majikannya.
"Kenapa dengan muka kau?" - Zakhwan
"Tak ada apa-apalah. Saya jatuh katil semalam. Sebab tu dapat lebam ni." - Mawar
Sebaik saja Zakhwan tahu penderitaan Mawar, lelaki itu nekad untuk berkahwin dengannya. Mawar yang mahu hidup bahagia, menerima lelaki itu.
Adakah perkahwinan mereka akan bahagia walaupun mereka berkahwin tanpa cinta? Dan apakah punca Puan Medina sangat bencikan Mawar sehingga sanggup menghancurkan rumah tangga anak tirinya?