His Enchanted Luna
Publisher,ATAP Publication
Publication Date,
Format, Paperback
Weight, 420 g
No. of Pages,
Shelf: MUTIARA MINDA / NOVEL / CINTA
Kindly ask our staff if you cannot locate the shelf.
No one dared to mess with the Alpha werewolf – especially when it came to his Luna.
ALPHA LEVI JOHNSON. Misinya hanya dua. Pertama, membetulkan peraturan-peraturan dunia serigala jadian yang menyakiti mereka.
Dua, melindungi lunanya – LUNA MAYA LEWIS.
“Kita ke mana sekarang?” – Luna Maya Lewis
“New York...” – Alpha Levi Johnson
Walaupun terpaksa mengorbankan status alpha di Komuniti Cyan Hills, misi ini harus diteruskan. Bersama Maya, pasangan takdir ini memulakan hidup baru di kota New York sebagai persediaan untuk merampas takhta Raja Alpha dengan sokongan Mr. Bear.
Kalaulah ia semudah itu... Kemunculan Damien Adolphus – dihantar oleh Raja Alpha untuk memburu pasangan Alpha dan Luna menjadi titik mula kepada pengungkapan sumpahan dan rahsia kelam yang bakal menguji kesetiaan Levi dan Maya.
“Aku akan terus setia terhadap kau, tapi tolong jangan lukakan kepercayaanku.” – Luna Maya Lewis.
“Apa yang boleh aku lakukan supaya kau tidak ragu? Tanda di leher ni, tak cukup ke?” – Alpha Levi Johnson.
Malangnya, bayang masa lalu datang menuntut. Bersamanya muncul nama-nama yang telah lama terikat pada takdir dan pengkhianatan: Lucian, Latifa, Timothy, Eveline, dan Atticus. Gara-gara kesilapan mereka, darah keturunan menjadi mangsa.
Siapakah mereka sebenarnya? Dan antara dua misi, hanya satu boleh diteruskan. Jadi yang mana harus dikorbankan?