Hukum Hudud Dalam Perundangan Islam

ISBN: 9789671159903
Checking local availability
RM12.00
Product Details

Publisher,MPH Online
Publication Date,
Format, Paperback
Weight, 200 g
No. of Pages,

Ketika faktor-faktor membina keimanan dipinggirkan, hati akan dicengkam unsur materialistik, manakala akal pula akan terbelenggu oleh rasionalisme.Padahal tidak semestinya semua perkara kebendaan itu mendatangkan keuntungan dan tidak semestinya semua yang rasional itu ideal, apalagi akal manuasia amat terbatas dan tidak mampu menjangkau segala perkara. Ketika itu, seolah-olah mereka tidak menyedari realiti sistem rekaan manusia sudah menemui kegagalan. Senario tersebut menyebabkan penolakan dan penghinaan terhadap hukum hudud menjadi semakin meruncing.Hakikatnya perlaksanaan hukum hudud banyak memberi kesan positif, Hal ini demikian kerana pelaksanaannya bukanlah agenda pertama yang mesti dilaksanakan sebelum pelaksanaan total syariat Islam dalam sistem pemerintahan negara. Syariat Islam lebih mengutamakan pendidikan kemudian barulah diikuti pengawalan dan pencegahan. Namun, tahap pendidikan tersebut tidak wajar berterusan selama-lamanya tetapi mestilah disusuli atau diiringi oleh tahap pengawalan dan pencegahan melalui penguatkuasaan dan pelaksanaan undand-undang seperti hukum hudud. Disamping itu, umat islam mestilah sedar bahawa mereka menanggung dosa jika mereka menerima atau memilih selain daripada hukum Allah SWT.

Semoga buku ini dapat menjawab segala polemik dan isu hangat mengenai Hukum Hudud yang sentiasa menjadi persoalan dan perdebatan dalam masyarakat terutama setiap kali menjelang pilihan raya umum Malaysia.

Customer Reviews

No reviews yet
0%
(0)
0%
(0)
0%
(0)
0%
(0)
0%
(0)