HWJN (Edisi Bahasa Malaysia)

ISBN: 9786297693569
Checking local availability
RM28.00
Product Details

Publisher,Buku Fixi
Publication Date,
Format, Paperback
Weight, 420 g
No. of Pages, 248

Find this product in our store.
Shelf: MUTIARA MINDA / NOVEL / MISTERI/THRILLER

Kindly ask our staff if you cannot locate the shelf.

Novel fantasi yang paling laris di dunia Arab: Lebih 250,000 naskhah terjual.

 

Hawjan seekor jin yang hidup bersama ibu dan atuknya. Dia sentiasa cuba untuk mengelak daripada bertembung dengan manusia kerana merasakan dunia kami terlalu pelik dan merumitkan.

Ini berubah apabila keluarga Dr. Abdul Rahim – yang terdiri daripada kelompok manusia – pindah masuk ke rumah yang dihuni mereka berhampiran Jeddah. Hawjan terus tertarik dengan Sawsan, anak perempuan keluarga itu yang merupakan mahasiswa perubatan. Walaupun dilarang oleh jin-jin lain, Hawjan cuba berkomunikasi dengan Sawsan untuk menyatakan hasratnya.

Namun dalam kalangan jin yang menyembah Iblis, ada dendam lama yang perlu dilunaskan terhadap keluarga Hawjan. Perjalanan Hawjan ke istana di dasar Laut Merah meningkatkan lagi risiko terhadap nyawa semua jin dan manusia yang dikasihinya.

Sejak diterbitkan pada 2013, HWJN telah mencipta fenomena di negara-negara Arab – kerana berjaya gabungkan kisah cinta dengan fantasi yang berlatarkan kepercayaan Islam dan budaya setempat – dan juga difilemkan.