Buku ini mengajak pembaca berfikir secara kreatif dan keluar daripada kelaziman dengan mencipta kelainan dalam perniagaan. Penulisan buku ini bertujuan membekalkan pemikiran yang kreatif dalam mengolah perniagaan anda agar inovatif sekali gus menjana pendapatan yang lebih banyak.
Biodata Penulis
Syahril Jani merupakan graduan lulusan Kejuruteraan Mekanikal daripada Universiti Teknologi MARA dan kini berkhidmat di sebuah syarikat penyelidikan dan pembangunan syarikat berkaitan kerajaan (GLC). Beliau mempunyai minat mendalam dalam idea kreatif dan inovatif sejak daripada bangku sekolah lagi. Syahril Jani juga merupakan penulis buku Ekploitasi Peluang Menjadi Wang terbitan True Wealth Sdn Bhd.