Ihya' Ulumuddin (Menghidupkan Ilmu Agama) Jilid 1 Kitab Ilmu

ISBN: 9789670037288
Checking local availability
RM80.00
Product Details

Publisher,IBDE
Publication Date,
Format, Hardcover
Weight, 420 g
No. of Pages, 288

Find this product in our store.
Shelf: MUTIARA MINDA / RUJUKAN AGAMA / AGAMA - LAIN-LAIN

Kindly ask our staff if you cannot locate the shelf.

JILID 1: KITAB ILMU

Kitab Ilmu daripada Iḥyāʾ ʿUlum ad-Dīn (Menghidupkan Ilmu Agama) ini dikarang untuk menjernihkan semula kefahaman umat Islam tentang konsep ilmu. Imam al-Ghazālī menyedari berlakunya penyelewengan terhadap konsep ilmu oleh segelintir pihak yang termakan hasutan dunia. Penjelasan yang dibentangkan oleh beliau adalah hasil pengalaman rohaniah yang dicapai selepas melakukan pemerhatian terhadap golongan pelaku bidaah dan penurut hawa nafsu.

TENTANG IHYA’ ULUMUDDIN

Iḥyāʾ ʿUlum ad-Dīn merupakan karya Imam al-Ghazālī yang mengandungi 40 buah dengan empat pembahagian: Suku Ibadat, Suku Adat, Suku Muhlikat dan Suku Munjiyat. Kitab ini dikarang dengan menumpukan unsur kerohanian ketika beliau berkelana di beberapa negara selepas meninggalkan jawatan dan kemasyhuran di Baghdad.

TENTANG PENGARANG

Abū Ḥāmid Muhammad bin Muhammad al-Ghazālī (450H-505H) adalah ilmuwan Islam penting yang hidup pada kurun ke-5 Hijrah. Beliau digelar al-Mujaddid, al-Imām dan Ḥujjah al-Islām dek keluasan ilmunya. Beliau menghasilkan banyak karya agung yang masyhur dan mencakupi pelbagai bidang.