Ikhlas Memilihmu

ISBN: 9789670907659
Checking local availability
RM24.00
Product Details

Publisher,Love Novel Publication
Publication Date,
Format, Paperback
Weight, 500 g
No. of Pages,

QISTINA yang kecewa ditipu kekasihnya, Iskandar menjadikan bas sebagai tempat terapi diri. Di situlah dia bertemu dengan Alya. Kecomelan Alya sering kali mencuit hatinya. Namun aktiviti curi-curinya bermain-main dengan Alya tanpa pengetahuan bapa Alya, HARIS; seorang duda, telah menimbulkan ketegangan pada awalnya.

“Cukup! Kau buat apa ni, hah?” – Haris

“Err… saya cuma nak main-main aje dengan dia.” – Qistina

Bagaimanapun selepas itu hubungan mereka semakin akrab sehingga menerbitkan rasa yang sukar diungkap. Haris sedar dia mula mencintai Qistina. Namun, pengalaman lalu membuatkan dia sedar diri.

“Qis… awak seharusnya dapat lelaki yang jauh lebih baik daripada saya. Saya tak sempurna, Qis.” – Haris

Haris tidak mahu pisang berbuah dua kali. Rasa yang bersarang dalam jiwa cuba dipendam dan sering kali dia menidakkannya. Siapalah dia jika dibandingkan dengan Qistina. Baginya Alya adalah segala-galanya. Dia tidak rela membiarkan diri terusan ditohmah dan dihina lagi, asalkan Alya mendapat yang terbaik. Walaupun cintanya ditolak, demi cinta tulusnya, Qistina tetap menyokong Haris dari belakang. Dia selalu ada saat Haris berdepan dengan pelbagai kesukaran. Haris yang memang terdesak terpaksa menerima pertolongan Qistina. Tambahan pula apabila Lina, bekas isteri Haris muncul dan menuntut hak penjagaan terhadap Alya. Kemunculan Syed Luqman, teruna kacak dan kaya telah berjaya menggugat pendirian Haris. Dia cemburu, namun ego kedua-duanya dapat ditebak Syed Luqman. Apakah yang akan berlaku seterusnya? Adakah Haris tetap dengan pendiriannya untuk tidak jatuh cinta kepada Qistina? Adakah dia akan melepaskan Alya ke tangan Lina yang jauh lebih menjamin hidup anaknya? Dan Qistina, apakah dia memilih Syed Luqman yang tidak putus-putus mendampingi dirinya?

Customer Reviews

No reviews yet
0%
(0)
0%
(0)
0%
(0)
0%
(0)
0%
(0)