Koleksi kisah pilihan dari tiga kota suci (Makkah, Madinah dan Baitulmaqdis), meliputi semua era zaman sejak awalan hingga yang terkini, kisah suka duka, pahit dan manis serta pelbagai lagi ragam kehidupan yang menjadi iktibar dan pengajaran. Melalui kisah-kisah yang dipaparkan jelas menunjukkan Allah SWT mengasihi para hamba-Nya yang ikhlas, mengangkat dan memuliakan kedudukan mereka. Sebaliknya, Allah murka kepada mereka yang fasik.