IMAM AN-NAWAWI:SYEIKHUL ISLAM,TOKOH PARA FUKAHA & HADIS
Author: ABDUL GHANI AD-DUQUR
ISBN: 9789675274442
Checking local availability
Title
RM16.00
Publisher,AL-HIDAYAH PUBLISHER
Publication Date,
Format, Paperback
Weight, 420 g
No. of Pages, 217
Seseorang akan berasa takjub terhadap hal ehwal an-Nawawi, bahawa dia datang daripada Nawa menuju ke Damsyik untuk mencari ilmu disana, dan perkara itu adalah sudah menjadi perkara yang wajar dan biasa, kerana kebanyakan daripada para penuntut ilmu mengamalkan perkara semacam itu semenjak dahulu dan juga zaman sekarang. Tetapi yang menghairankan adalah apabila para penuntut ilmu mendatanginya yang hanya seorang yang fakir dan berdesak-desakan di pundaknya yang lemah maka dia mendahului dan di depan daripada mereka, tidak akan dilakabkan sebagai ulama yang dikerumuni ramai orang sehingga membiarkan mereka ada di belakangnya untuk mengikutinya, kemudian ramai ulama besar pada masanya dan di antara mereka adalah syeikhnya dan dia pun menjaga mereka sebagaimana yang dahulu. Generasi dan sejarah ini adalah dua saksi terhadap perkara itu., maka tidak ada seseorang yang ada dalam negeri Islam sama ada dalam kalangan khas mahupun awam yang tidak pernah mendengar dan menyebut nama an-Nawawi, bahkan namanya disebut-sebut dan diikuti dengan pujian dan sanjungan yang tinggi terhadapnya, sedangkan para pemuka ulama lain yang semasa dengannya nama-nama mereka hanya disembunyikan dalam perut kitab-kitab tarjamah, dan mereka tidak dapat diketahui kecuali dengan jalan penelitian yang khas untuk mencari setiap daripada mereka. Semuanya itu berlaku meskipun an-Nawawi hanya hidup selama lingkungan empat puluh lima tahun sahaja, tetapi dia telah meninggalkan kitab-kitab yang sangat bermanfaat, teruji dan cemerlang yang apabila dibandingkan dengan umurnya tertentu dalam satu hari akan menghasilkan dua buku atau lebih, dan cukuplah bagimu untuk mengambil satu kitab daripada kitab-kitab an-Nawawi untuk mengetahui perkataanya dalam fikah atau hadis, atau bahasa atau zikir, dan dengan itu maka hajatmu akan tercapai dan pengetahuanmu akan diperkuat dengan dalil-dalil.