Imam Ghazali: Umpama Lautan Tidak Bertepi
Publisher,Green Dome
Publication Date,
Format, Paperback
Weight, 450 g
No. of Pages,
"Sangat nyata bagiku bahawa aku tidak akan dapat mencapai kebahagiaan akhirat, melainkan dengan bertakwa dan mengekang nafsu. Paling utama ialah memotong tali ikatan hati kepada dunia dengan meninggalkan negeri yang penuh tipu daya ini dan kembali ke negeri yang kekal abadi, serta menghadap Allah dengan sepenuh hati. Ini tidak aka tercapai melainkan dengan membuang segala kemegahan dan kekayaan serta menjauhkan diri dari segala kesibukan dan tuntunan dunia. Kemudian aku memeriksa keadaanku sendiri. Aku dapati rupa-rupanya aku sudah terperangkap di dalam jaring pada setiap arah. Apabila aku memeriksa pula pekerjaanku dalam memberi kuliah dan ceramah, rupa-rupanya aku telah berkecimpung dalam ilmu-ilmu yang tidak penting dan tidak bermanfaat di akhirat. Selepas itu, aku berfikir pula mengenai niatku memberi kuliah. Nyata aku tidak ikhlas kerana ALLAH. Malah, pembangkit dan pendorongku yang sebenar ialah mencari kemegahan dan kemasyhuran yang luas. Maka, aku yakin aku sedang berada di pinggir satu jurang yang bahaya. Aku akan segera terjunam dalam api neraka melainkan aku perbaiki diriku terlebih dahulu"