Imam Hanbali Pejuang Kebenaran

ISBN: 9789833892785
Checking local availability
RM24.00
Product Details

Publisher,Pts Publications
Publication Date,
Format, Paperback
Weight, 420 g
No. of Pages,

Imam Hanbali digelar Al-Hakam kerana dapat menghafaz lebih 700,000 hadis dan berpengetahuan mendalam mengenai ilmu hadis. Melayakkan beliau mengeluarkan fatwa dalam hukum Fikah.  Imam Hanbali juga seorang yang sangat kuat beribadat, beliau sembahyang sunat 300 rakaat sehari semalam dan khatam Al-Quran seminggu sekali.Beliau sangat menghormati guru-gurunya. Ketika Imam Syafie menziarahinya di rumah, beliau segera bangun mengemaskan diri, menyambut  kedatangan gurunya lalu diberikan tempat duduk yang  tinggi sementara dia duduk di bawah.Imam Hanbali tTidak gemar bergurau senda, lebih suka mendiamkan diri dan berfikir. Bercakap apabila menjawab soalan mengenai hokum agama.  Suka  bergaul dengan orang-orang miskin dan kurang bergaul dengan orang kaya  dan orang-orang berpangkat.

Khalifah Harun Ar-Rasyid pernah bertanya kepada Imam Syafie tentang orang yang layak menjadi Kadi di Yaman. Imam Syafie mencadangkan muridnya Imam Ahmad. Apabila Imam Ahmad Mengunjungi Imam Syafie, beliau ditawarkan dengan jawatan tersebut  tetapi ditolaknya  dengan berkata ” Saya datang menemui tuan bukan untuk mendapatkan jawatan daripada khalifah”.Imam Hanbali  terkenal dengan sikap  pemurah.  Jirannya  pernah memberinya  sepinggan anggur dibalasnya dengan  gula, garam dan beberapa pinggan buah-buahan.Semasa  pemerintahan Khalifah Al-Makmum bin Harun Ar-Rasyid, beliau menganut  fahaman Muktazilah yang  berpendapat  Al-Quran  itu makhluk yang bersifat baharu.  

Baginda memaksa ulama-ulama  menerima pendapat itu tetapi Imam Hanbali menentangnya  dengan  mengatakan  Quran itu kalamullah yang

Customer Reviews

No reviews yet
0%
(0)
0%
(0)
0%
(0)
0%
(0)
0%
(0)