Ajal maut, jodoh pertemuan semuanya di tangan Tuhan. Dia Tanah Mahsuri Iman Radhiff dan Suraya Dania bertemu. Suraya ke sana mahu menghiburkan diri sebelum bergelar seorang isteri. Iman pula membawa diri apabila kisah cintanya tidak menjadi. Di sana mereka berkenalan dan berkawan.
Takdir Tuhan, mungkin sudah tertulis jodoh Suraya bukan dengan Azim apabila lelaki itu pergi mengadap Ilahi. Dia tabah meneruskan hidup bersama kenangan dengan lelaki itu. Iman pula, sekembalinya ke rumah, seringkali kenangan bersama kekasih lama yang dikahwini abangnya sendiri datang bertubi-tubi.
Susahkah? Bila kisah cinta sudah jadi ala-ala filem Hindustan. Mujur ada 'Wonder Pets' yang sudi membantu dan melengkapkan kisah cinta mereka...