Sepuluh tahun lalu, tercatat kisah remaja Sri Bangsar. the Wannababes dinobat sebagai kumpulan paling popular. Turut berlagak sombong, atlet kacak si Fahrin. Hidup pelajar-pelajar popular ini serba sempurna. Mereka bertindak sesuka hati, berlesen membuli pelajar biasa. Dalam ramai-ramai, seorang pelajar gemuk sudah terkena. Mimi Monira digelar badak air. Dia dibuli dengan kejam.