Indahnya Amalan Doa: Susuli Kehidupan dan Usaha dengan Doa (Koleksi Doa Sebagai Senjata Mukmin)
Publisher,Telaga Biru
Publication Date,
Format, Hardcover
Weight, 700 g
No. of Pages,
Buku "INDAHNYA AMALAN DOA" dierbitkan sebagai susulan kepada buku beliau INDAHNYA HIDUP BERSYARIAT yang telah mendapat sambutan di luar dugaan daripada pembaca khasnya dan seluruh umat Islam amnya. Doa adalah antara ajaran Islam yang terpenting yang menjadi tunjang atau tulang belakang kepada ajaran akidah Islamiah kerana rapatnya hubungan doa dengan kekuasaan Allah SWT, Tuhan yang menjadikan dan mentadbir alam ini. Doa boleh mengubah persepsi hidup seorang insan daripada seorang yang lemah serta tidak berdaya maju menjadi seorang yang bemotivasi tinggi dan bekerja keras. malah sebahagian daripada kejayaan yang dicapai oleh orang bukan Islam adalah daripada pegangan dan keyakinan doa yang mereka panjatkan kepada "Tuhan" mereka walaupun hakikatnya Allah SWT jua yang menyempurnakan permintaan dan hajat mereka itu.
Pilihan Staf:
Berdoa merupakan salah satu daripada elemen yang penting dalam kehidupan seseorang Muslim. Terbahagi kepada 3 Bahagian iaitu 1)KONSEP DOA 2) KAITAN ISTIGHFAR DAN SELAWAT DENGAN BERDOA 3) BEBERAPA AMALAN BERDOA. Buku ini dapat menjadi modul dan rujukan setiap umat Islam.