Indahnya Tasawuf Dan Hidup Sufi
Publisher,Yamani Angle
Publication Date,
Format, Paperback
Weight, 420 g
No. of Pages,
Benarkah tiada tasawuf pada zaman Rasulullah SAW dan para sahabat? Tidak layaklah para sahabat, tabiin dan salafussoleh itu digolongkan sebagai ahli-ahli sufi yang hebat? Benarkah ahli sufi sejati yang menghayati kehidupan berlandaskan tasawuf merupakan ahli bidaah; yang setiap bidaah itu sessat dan masuk neraka?
Mengapa pula sesetengah ahli sufi mengeluarkan kenyataan yang bercanggah dengan akidah Ahli Sunah Waljamaah? Mengapa ada sesetengah ahli sufi yang tidak berpegang dengan hukum syariat lantaran telah mencapai maqam yang tinggi dalam kehidupan sufinya? Benarkah mereka ini ahli sufi sejati atau hanya ahli sufi palsu? Dan persoalan yang tidak kurang pentingnya adakah mereka sudah memenuhi prasyarat-prasyarat tertentu sebelum melangkah ke alam sufi?
Indahnya Tasawuf dan Hidup Sufi menjawab semua persoalan ini dengan gerapan yang cukup menarik. Berdasarkan fakta al-Quran, hadis dan sirah, segala kekeruhan yang menyelubungi alam tasawuf dan sufi ini dapat dijernihkan. Segala kesamaran dapat dijelaskan. Segala kekhilafan dapat dibetulkan sehingga menjazamkan satu keyakinan yang jitu bahawa kehidupan sufi yang berlandaskan tasawuf sungguh indah dan hebat.