Ingatlah Tempatmu di Akhirat (Edisi Kemaskini 2015)
Publisher,Kemilau Publika
Publication Date,
Format, Paperback
Weight, 400 g
No. of Pages,
Hidup ini sangat singkat. Hanya yang membilangnya sahaja mengerti ertinya. Tiada masa untuk membenci dan sakit hati. Taqwa adalah bekalan menuju akhirat bertemu janji Allah. Dari jalan dunia merempuh fana ke alam abadi, itulah hentian terakhir. Setiap hari yang berlalu, bererti tabungan hari kita makin berkurangan. ”Setiap yang bernyawa itu pasti akan mati, dan kepada kami (Allah), kamu akan dikembalikan” Surah al-Ankabut ayat 57 Demikian hakikat kehidupan manusia.
Selama mana pun mereka hidup di dunia ini, suatu ketika nanti akan tiba juga detik berangkat meninggalkannya. Itulah yang dinamakan detik kematian. Detik yang akan menyaksikan terpisahnya roh daripada jasad. Dan di kala itu, kakulah jasad terbujur tanpa mampu berbuat apa-apa lagi. Hanya menanti ehsan daripada mereka yang masih hidup untuk diurus dan disemadikan di liang lahad. Di situlah berakhirnya perjalanan sekujur jasad yang selama ini bebas bergerak dan berbuat apa sahaja di atas muka bumi ini. Akhirnya ke dalam bumi tempat persemadian akhirnya. Lalu, bagaimana persediaan tempat kita di akhirat kelak?. Sudahkah kita siapkan?.