Insyirah: Kelapangan Hati dan Minda

ISBN: 9789672302254
Checking local availability
RM25.00
Product Details

Publisher,Amanie Media
Publication Date,
Format, Paperback
Weight, 420 g
No. of Pages,

Kesusahan dan kesulitan adalah saudara kembar kepada kehidupan. Kesulitan emosi, minda, kewangan, sosial,maruah,jati diri, kebebasan dan ancaman nyawa menjadi warna-warni kehidupan sepanjang zaman.

Nabi Muhammad SAW yang digelar pesuruh Allah SWT, juga menghadapi tekanan yang sama. Namun, Baginda SAW dianugerahkan kelapangan hati dan jiwa bagi menghadapi segala cabaran mendatang. Baginda SAW juga dikurniakan ketinggian nama Baginda SAW sepanjang zaman. Sebutan nama yang diulang-ulang dan reputasi yang hebat adalah minyak pembakar obor kejayaan.

Ikuti bagaimana Zahid dan isterinya, Suraya bertarung setiap masa dan detik bagi menjemput kemudahan bertandang dalam kehidupan mereka sesudah mereka ditimpa pelbagai kesusahan dan kesulitan.

Kecekalan minda dan jiwa serta kesucian perwatakan diri adalah dua sayap bagi terbang tinggi demi berhadapan apa sahaja cabaran kehidupan. Jangan salahkan kesulitan. Salahkan sayap yang tidak dapat ataupun enggan mengepak kuat.

Customer Reviews

Based on 1 review
100%
(1)
0%
(0)
0%
(0)
0%
(0)
0%
(0)
H
Hamedah Hamid
INSYIRAH: KELAPANGAN HATI DAN MINDA

Sebuah novel inspirasi daripada Surah al-Insyirah. Kesusahan dan kesulitan adalah saudara kembar kepada kehidupan. Kesulitan emosi, minda, kewangan, sosial, maruah, jati diri, kebebasan dan ancaman nyawa menjadi warna-warni kehidupan sepanjang zaman. Novel yang sangat bermanfaat kepada si pembacanya...